Isnin, Ogos 23, 2010

CENTS WASTE TRAP




“CENTS Waste Trap” berfungsi sebagai penapis mekanikal untuk meringankan beban penapis biologi dengan cara memerangkap dan menyimpan sisa pepejal yang besar dan berat di ruang takungan di bahagian bawahnya. Sisa tersebut kemudiannya dialirkan keluar daripada sistem penapis kitar semula secara manual setiap pagi dan petang dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Inovasi CENTS Waste Trap, turut mengambilkira dua kriteria utama sistem asuhan CENTS iaitu murah dan berkesan. Ia menggunakan bahan-bahan PVC yang mudah diperolehi dalam pasaran setempat untuk membentuk komponen CENTS Waste Trap yang terdiri daripada saluran air limpahan, ruang pengumpul sisa pepejal dan injap pengeluar sisa pepejal.


CENTS Waste Trap telah dapat meminimumkan penggunaan air laut bersih daripada sumber bekalannya. Air laut yang sama boleh digunakan berulang kali melalui proses kitar semula yang lebih cekap untuk mengekalkan mutunya pada tahap optimum. Tempoh pembersihan penapis biologi bagi mengeluarkan kotoran yang terkumpul dicelah-celah media penapis biologi yang boleh memperlahankan kadar aliran air juga dapat dilanjutkan sehingga 3-4 minggu. Anggaran 10% air laut bersih sahaja yang perlu ditambah setiap hari untuk menggantikan air yang terbuang bersama sisa pepejal yang terkumpul di dalam CENTS Waste Trap .

Rabu, Julai 21, 2010

Sabtu, Mei 29, 2010

SOP SISTEM ASUHAN CENTS

1.0 PENGENALAN

Asuhan bermaksud membesarkan benih secara lebih sistematik supaya benih lebih seragam dan cepat tumbesarannya. Proses pembenihan ikan bermula daripada peringkat telur, larva dan juvenil. Peringkat telur dan larva dijalankan di dalam tangki ternakan larva atau di dalam kolam pembenihan. Prosesnya mengambil masa selama tiga minggu hingga satu bulan. Setelah itu, larva akan berubah kepada juvenil. Pada masa ini anak benih ikan perlu dipindahkan ke tangki atau kolam asuhan bagi tujuan asuhan selanjutnya.

Dari segi sifat luaran (morfologi) pula, benih ikan pada peringkat asuhan merujuk kepada benih ikan yang telah selesai menjalani kitaran hidup dari peringkat larva hingga peringkat juvenil. Proses peralihan ini dinamai “metamorfosis”. Ia merupakan peringkat pertengahan sebelum benih ikan dapat diternak di dalam sangkar.

Pada peringkat asuhan, benih ikan selalunya berkeadaan lemah kerana baru sahaja menjalani proses peralihan rupa bentuk luaran dan dalaman. Benih ikan akan mengalami kesan perubahan morfologi dan fisiologi yang ketara. Antara kesan yang nyata termasuk kesan kanabalisme yang tinggi. Serta benih ikan akan menjadi agresif (Rajah 1.1). Benih besar akan memakan benih yang lebih kecil dan kadar kematian (mortaliti) akan meningkat pada ketika ini. Kegagalan pengelasan atau pengredan pada peringkat ini akan menyebabkan kadar mortaliti yang tinggi dan perlu ada suatu sistem asuhan yang lebih cekap bagi mengurangkan kesan ini.


Rajah 1.1 Kematian benih ikan (kerapu harimau) akibat kanibalisme.


Terdapat tiga kaedah asuhan di dalam tangki yang digunakan, iaitu secara aliran terus, kitar semula dan statik. Asuhan benih ikan marin di dalam kolam tanah pula merupakan kaedah yang sering diamalkan secara konvensional oleh penternak ikan marin. Keluasan kolam dan tenaga kerja yang ramai (lebih dari pada seorang) adalah meremehkan dan tidak cekap, Rajah 1.2. Walau pun begitu benih cepat membesar dengan menggunakan sistem kolam tanah. Akibatnya, kadar asuhan melalui teknik ini tidak begitu berjaya. Penangguhan melakukan pengkelasan saiz dengan lebih kerap kerana kesulitan pengendalian pukat yang perlu dilakukan dalam selang masa yang segera telah menyebabkan sistem asuhan benih ikan marin di dalam kolam menjadi tidak begitu berkesan. Oleh itu, suatu sistem baharu yang cekap dan murah haruslah diselidiki, untuk meningkatkan peratus kejayaan mengasuh benih ikan marin.

Beberapa kaedah asuhan lain juga sering digunakan seperti menggunakan sangkar asuhan dan asuhan di dalam tangki. Dalam kaedah ini, penukaran air secara semi statik, seperti amalan asuhan benih di dalam palung (raceways) (Rajah 1.3). Namun begitu, keberkesanannya masih pada tahap yang sederhana kerana faktor-faktor penghalang, seperti kawalan kanabalisme, makanan yang sesuai dan kaedah asuhan yang remeh.


Rajah 1.2 Penternak sedang memukat anak benih ikan siakap
untuk digredkan.





(i) (ii)



(iii) (iv)

Rajah 1.3 Kaedah asuhan benih ikan marin yang dijalankan di dalam
i) sangkar asuhan, ii) Kolam tanah, iii) tangki konkrit, dan
(iv) palung.


Justeru, untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul disebabkan oleh beberapa sistem asuhan yang dibincangkan itu, pada tahun 2006, penyelidik di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut, Tanjung Demong, Besut, Terengganu (PPPIL) telah membangunkan suatu sistem asuhan yang dinamai CENTS, rujuk Rajah 1.4. CENTS ialah ringkasan bagi “Cheap and Efficient Nursery Tank System ”. Pembangunan prototaip awalnya dibina dengan menggunakan pembentung konkrit siap bina yang boleh didapati dengan mudah dan murah, yang menjadi kriteria utama CENTS.


Rajah 1.4 Prototaip sistem asuhan benih ikan marin CENTS, yang terdiri
daripada (A) tangki asuhan CENTS (simen konkrit), (B) penapis biologi
dan (C) Cents Waste Trap (C).

Keberkesanan sistem asuhan benih ikan marin CENTS, bagi asuhan benih ikan marin, khususnya kerapu , dapat dibuktikan melalui hasil penyelidikan yang telah dijalankan di PPPIL Tanjung Demong. Sistem asuhan CENTS kini menjadi alternatif atau pelengkap kepada kemudahan lain asuhan benih ikan marin yang sedia ada, termasuklah tangki konkrit, kolam dan sangkar yang secara umumnya memerlukan kos pembinaan yang lebih mahal dan pengurusan yang lebih intensif.
Sistem asuhan CENTS, merupakan sistem asuhan benih yang berkonsepkan kepada teknologi RAS tempatan dengan mengambil kira kos yang berpatutan dan kemampuan penternak kecil menceburi diri di dalam industri ini. Penjimatan air dapat dicapai melalui kadar penggunaan semula air yang minimum dengan penambahan air baru sebanyak 10 - 15 peratus / hari. Komponen rawatan airnya mampu untuk merawat air yang tercemar dari sisa buangan dan makanan. Justeru, sistem asuahan CENTS dapat meningkatkan kadar hidup dan tumbesaran pada kadar penebaran yang lebih tinggi.


1.1 Pelan susun atur sistem CENTS

Keluasan ruang yang menempatkan sistem asuhan ini adalah diatas tapak 26 kaki x 59 kaki, yang bersamaan 1534 kaki persegi seperti yang tertera di rajah 1.5. Susunan tangki adalah dua barisan 10 buah tangki konkrit yang bergaris pusat 3 kaki dengan ketinggian 65 cm dan kapasiti air yang dapat diisi 300 liter per tangki atau 6000 liter (6 ton) bagi kesemua 20 buah tangki pembetung (culvert). Jarak dari tangki ke tangki adalah 1 kaki.

Manakala kedudukan penapis Cents waste trap adalah 18 inci dari longkang yang lebarnya 15 inci. Penapis penapis biologi pula berkapasiti sama dengan tangki asuhan iaitu 6 ton menjadikan nisbah diantara isipadu tangki asuhan dan isipadu tangki penapis biologi adalah 1: 1. Dua tangki penyimpanan air terletak bersebalahan dengan tangki penapis biologi, dengan isipadu tangki yang sama dengan tangki asuhan dan tangki penapis biologi. Rajah 1.6 menunjukkan kedudukan keratan rentas dan komponen sistem asuhan CENTS.

Bilik injin menempatkan 2 buah pam dan 2 buah mesin pengudaraan (air-blower) mempunyai keluasan lantai 32 kaki persegi (4 kaki x 8 kaki). Bangunan CENTS (rajah 1.7), direka sebegitu rupa bagi memberi ruang kepada sistem pengudaraan yang bebas, di mana bangunan asuhan ini adalah tidak berdinding dan atapnya dari jenis metaldex, ringan dan tahan lasak.

Rajah 1.5 Pelan lantai sistem asuhan CENTS menunjukan kedudukan dan susunan
komponen sistem.






Rajah 1.6 Keratan rentas tangki simpanan air, tangki asuhan dan
Cents waste trap .Rajah 1.7 Pelan bangunan CENTS yang dilihat dari sudut yang berbeza.
i)Pandangan dari sisi kanan (ii) Pandangan dari sisi kiri
(iii) Pandangan dari arah depan dan belakang.


2.0 KOMPONEN SISTEM CENTS

Sistem asuhan CENTS yang terdiri daripada beberapa komponen iaitu, tangki asuhan (konkrit), CENT Waste Trap dan penapis biologi. Bahan-bahan binaan yang digunakan juga berasaskan bahan-bahan siap bina yang mudah diperolehi di pasaran dengan kos yang rendah.


2.1 Spesifikasi sistem asuhan CENTS

Spesifikasi yang standard merupakan satu hal yang perlu dititik beratkan dan perlu dipatuhi oleh pengusaha / penternak / pengendali sistem asuhan CENTS. Penyimpangan dari kaedah-kaedah dan spesifikasi yang ditetapkan akan memberi kesan kepada kadar hidup yang lebih tinggi atau kegagalan sepenuhnya. Kegagalan asuhan selalunya disebabkan oleh reka bentuk yang tidak betul, pengurusan pemeliharaan yang tidak berkesan seperti aspek kebersihan tangki tidak dijaga dengan baik, penyediaan makanan yang tidak sempurna, kadar pemberian makanan yang tidak sesuai dan dijangkiti penyakit.

Satu spesifikasi yang standard perlu dijadikan sebagai panduan kepada penternak agar hasil yang tinggi dapat dikeluarkan dari sistem asuhan CENTS ini. Sebarang modifikasi kepada rekabentuk sistem asuhan ini akan menyebabkan kegagalan untuk menepati standard benih yang berkualiti. Jadual 1.1, di bawah menunjukkan spesifikasi komponen CENTS.


Jadual 1.1 : Komponen-komponen, jenis bahan yang digunakan dan spesifikasi
sistem asuhan CENTS.

KURSUS ASUHAN CENTS APB04 TELAH BERLANSUNG DI PPPIL 23-27 MEI 2010


KURSUS ASUHAN CENTS 1/2010 TELAH BERLANSUNG SELAMA 5 HARI TELAH SELAMAT BERLANSUNG DENGAN JAYANYA.

BILANGAN PESERTA : 10 ORANG

TEMPOH: 23-27 MEI 2010

Peserta -peserta sedang menjalankan simulasi pengredan benih ikan kerapu harimau.

Jumaat, April 09, 2010

SOP SISTEM ASUHAN CENTS - TANGKI SIMEN

STANDARD PROCEDUR OPERASI - SISTEM ASUHAN BENIH IKAN MARIN SEDANG DIUSAHAKAN.

KEPADA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI SAYA !!!!!!!!!!

WHAT IS CENTS??????

Foto saya
Besut, Terengganu, Malaysia
CENTS is shortform of “Cheap Efficients Nursery Tank System” which is refer to inovative practice for producing fry through RAS system. Its economically, practically and convinient to operate in small size location. Beside that, its possible to practice for both freshwater and seawater system. Department Of Fisheries through Marine Finfish Production and Research Center,Tg. Demong, Besut, Terengganu, Malaysia are inniated to developed this system in order to enhanced the production of marine fry for more efficient,cheap and economically.

Kata Aluan / WELCOME !!!!

Selamat Datang !!!!
Di sini dimuatkan beberapa info mengenai aktiviti asuhan benih ikan marin dengan menggunakan kaedah RAS dengan harapan dapat memberi kefahaman kepada pengunjung blog ini. Anda dapat membantu menambah menafaat kepada blog ini dengan memberi komen atau pertanyaan kepada moderator blog ini.

Welcome to CENT-RAS blogspot.com. Through this web site, you can get infomation on nursing marine fry with the RAS technique (simple and effisyen). I hope that you can leave any suggestion or comment for making this web more knowledgeble and informative.

TQ