Pengurangan Kos Operasi
i. Hanya seorang pekerja diperlukan untuk mengendalikan tangki CENT.
ii. Kos pembinaan tangki CENT adalah rendah. Harga per unit adalah RM 25.00 dan kos pembinaan keseluruhan yang bersaiz 10 m x 2.5 m yang termasuk sistem RAS, komponen CENTS waste trap dan tangki ternakan serta peneduh adalah sekitar RM 20,000
iii. Pengambilan makanan oleh anak ikan menjadi lebih optimum, pembaziran dan pencemaran sisa makanan juga dapat diminimakan melalui peningkatan frekuansi pemberian makanan secara terkawal setiap jam di dalam tempoh yang ditetapkan.
Penjimatan Masai.Operasi aktiviti di tangki CENT tidak lagi memerlukan pengawalan sepanjang hari.
ii. Tempoh masa 30 minit untuk kerja-kerja pemberian makanan berbanding 1-2 jam sehari di dalam sistem kolam
Peningkatan Hasil Kerjai. Pengeluaran anak ikan asuhan peringkat 1 menjadi lebih konsisten kerana faktor keralatan manusia boleh dikurangkan ke tahap minimum.
ii.Pengeluaran anak benih ikan lebih tinggi kerana peluang mendapatkan makanan yang mencukupi secara sekata sepanjang hari.
iii. Tempoh asuhan benih di dalam tangki CENT akan lebih singkat kerana ikan cepat membesar dengan cara pengurusan yang mudah dan bersih.
Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggani. Alternatif terbaik kepada pengusaha hatceri ikan marin kerana ianya mudah dan murah untuk di bina.
ii.Pengeluaran benih asuhan yang lebih konsisten dari segi kuantiti dan kualiti bergantung kepada bahan makannan rumusan yang digunakan.