Sabtu, Februari 28, 2009

FAEDAH-FAEDAH DARI SISTEM CENTS

Pengurangan Kos Operasi
i. Hanya seorang pekerja diperlukan untuk mengendalikan tangki CENT.

ii. Kos pembinaan tangki CENT adalah rendah. Harga per unit adalah RM 25.00 dan kos pembinaan keseluruhan yang bersaiz 10 m x 2.5 m yang termasuk sistem RAS, komponen CENTS waste trap dan tangki ternakan serta peneduh adalah sekitar RM 20,000

iii. Pengambilan makanan oleh anak ikan menjadi lebih optimum, pembaziran dan pencemaran sisa makanan juga dapat diminimakan melalui peningkatan frekuansi pemberian makanan secara terkawal setiap jam di dalam tempoh yang ditetapkan.

Penjimatan Masa
i.Operasi aktiviti di tangki CENT tidak lagi memerlukan pengawalan sepanjang hari.
ii. Tempoh masa 30 minit untuk kerja-kerja pemberian makanan berbanding 1-2 jam sehari di dalam sistem kolam

Peningkatan Hasil Kerja

i. Pengeluaran anak ikan asuhan peringkat 1 menjadi lebih konsisten kerana faktor keralatan manusia boleh dikurangkan ke tahap minimum.
ii.Pengeluaran anak benih ikan lebih tinggi kerana peluang mendapatkan makanan yang mencukupi secara sekata sepanjang hari.
iii. Tempoh asuhan benih di dalam tangki CENT akan lebih singkat kerana ikan cepat membesar dengan cara pengurusan yang mudah dan bersih.

Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

i. Alternatif terbaik kepada pengusaha hatceri ikan marin kerana ianya mudah dan murah untuk di bina.
ii.Pengeluaran benih asuhan yang lebih konsisten dari segi kuantiti dan kualiti bergantung kepada bahan makannan rumusan yang digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WHAT IS CENTS??????

Foto saya
Besut, Terengganu, Malaysia
CENTS is shortform of “Cheap Efficients Nursery Tank System” which is refer to inovative practice for producing fry through RAS system. Its economically, practically and convinient to operate in small size location. Beside that, its possible to practice for both freshwater and seawater system. Department Of Fisheries through Marine Finfish Production and Research Center,Tg. Demong, Besut, Terengganu, Malaysia are inniated to developed this system in order to enhanced the production of marine fry for more efficient,cheap and economically.

Kata Aluan / WELCOME !!!!

Selamat Datang !!!!
Di sini dimuatkan beberapa info mengenai aktiviti asuhan benih ikan marin dengan menggunakan kaedah RAS dengan harapan dapat memberi kefahaman kepada pengunjung blog ini. Anda dapat membantu menambah menafaat kepada blog ini dengan memberi komen atau pertanyaan kepada moderator blog ini.

Welcome to CENT-RAS blogspot.com. Through this web site, you can get infomation on nursing marine fry with the RAS technique (simple and effisyen). I hope that you can leave any suggestion or comment for making this web more knowledgeble and informative.

TQ