Ikan Laut,Tg. Demong, 22200
Besut, Terengganu.
1.0 NAMA PROJEK INOVASI
SISTEM ASUHAN BENIH IKAN MARIN; CENTS - RAS
2.0 NAMA AGENSI
PUSAT PENGELUARAN DAN PENYELIDIKAN IKAN LAUT,
TANJONG DEMONG, 22200, BESUT , TERENGGANU
Pengeluaran benih ikan marin adalah merupakan proses yang melibatkan beberapa peringkat. Ianya bermula dari penetasan telur, ternakan rega dan asuhan benih, sebelum benih sedia diternak sehingga ke saiz pasaran. Asuhan benih boleh dijalankan dengan mengunakan beberapa sistem seperti, asuhan didalam tangki gentian kaca (fiberglass), palung (raceways), simen dan juga di dalam kolam tanah.
Bagaimana pun, kaedah asuhan benih didalam kolam tanah memerlukan kolam dengan saiz dan kedalaman yang sesuai. Kos pembinaan kolam adalah tinggi selain dari kesukaran mendapatkan lokasi tanah yang sesuai. Justeru, satu kaedah yang murah dan cekap direka bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, pasukan penyelidik di PPPIL Tg. Demong telah berjaya mereka bentuk satu sistem asuhan benih ikan laut dengan menggunakan tangki simen berkos rendah. Sistem aliran terus digunakan dengan menghubungkan tangki asuhan kepada pam dari tangki simpanan air.
CENTS merupakan singkatan nama bagi “Cheap Efficients Nursery Tank System” yang bermaksud Sistem Tangki Asuhan Cekap dan Murah.
CENTS merupakan teknologi ivovasi sistem asuhan benih ikan marin yang telah diperkenalkan oleh pihak PPPIL pada tahun 2006. Projek inovasi ini telah mendapat tempat ke tiga didalam pertandingan inovasi pada tahun 2006. Pada permulaannya CENTS menggunakan air secara berterusan (flowthrough) dimana air perlu ditukar sentiasa dan pam kena beroperasi terus menerus selama 24 jam. Kapasiti air yang perlu dipam adalah tinggi dimana kadar pertukaran adalah diantara 1200 – 2000 peratus sehari semalam. Kos elektrik yang tinggi diperlukan bagi operasi pam selama 24 jam berterusan.
Rajah 1 : Plan susun atur sistem asuhan benih ikan marin
(CENTS – FLOWTHROUGH)
Rajah 2 Sistem asuhan benih ikan marin CENTS (sebelum inovasi) yang terdiri dari satu barisan tangki culvert (10 buah) yang disusun selari dengan longkang
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Sistem yang digunakan adalah aliran terus dari sumber bekalan air laut. Pertukaran air adalah 1200 - 2000 kali sehari dengan menggunakan pam yang berkapasiti 5 HP Kos elektrik tinggi iaitu sekitar RM 25.00 sehari. Kadangkala air tidak dapat dipam terus kedalam sistem tangki ini kerana air laut surut dengan begitu rendah disebabkan kedudukan inlet pam yang tinggi dari paras air laut.
Sering kali kematian ikan boleh berlaku disebabkan aliran air laut dari tangki simpanan terhenti bila pam air laut tidak berfungsi dan air dari tangki simpanan telah habis digunakan atau bekalan elektrik terputus dan pam gagal berfungsi. Akibatnya sistem asuhan CENTS ini gagal memberikan hasil yang maksimum dan konsisten.
INOVASI YANG TELAH DIHASILKAN / DILAKSANAKAN
Maka satu penambahbaikan kepada sistem sedia ada telah direka bagi mengurangkan pergantungan kepada air yang banyak. Oleh itu, sistem RAS (Recirculating Aquaculture System) telah cadangkan bagi mengatasi masalah ini (Rajah 3 dan 4).
Rajah 3; Plan susun atur satu modul 20 unit tangki asuhan sistem asuhan benih ikan marin CENTS-RAS
Rajah 1.4: Sistem Asuhan Benih Ikan Marin CENTS-RAS yang terdiri daripada
Tangki Asuhan (A), Penapis Biologi (B) dan Cents Waste Trap (C)
Sistem RAS adalah terdiri dari beberapa komponen iaitu tangki asuhan, penapisan Cents waste trap, penapis biologi dan tangki takungan air. CENTS waste trap adalah komponen penting penyaringan kotoran, sebelum air dari tangki asuhan dialirkan semula ke tangki rawatan. Kejayaan sistem RAS mengitar semula air bersih, secara langsung bergantung kepada kecekapan mengurangkan sisa makanan dan kumbahan memasuki tangki penapis biologi. Inovasi ini telah memenangi tempat ketiga didalam pertandingan inovasi Jabatan perikanan 2007.
Keluasan ruang yang menempatkan sistem asuhan ini adalah diatas tapak 26 kaki x 59 kaki, yang bersamaan 1534 kaki persegi seperti yang tertera di rajah 3. Susunan tangki adalah dua barisan 10 buah tangki konkrit yang bergaris pusat 3 kaki dengan ketinggian 65 cm dan kapasiti air yang dapat diisi 300 liter per tangki atau 6000 liter (6 ton) bagi kesemua 20 buah tangki pembetung (culvert). Jarak dari tangki ke tangki adalah 1 kaki. Manakala kedudukan penapis Cents waste trap adalah 18 inci dari longkang yang lebarnya 15 inci. Penapis penapis biologi pula berkapasiti sama dengan tangki asuhan iaitu 6 ton menjadikan nisbah diantara isipadu tangki asuhan dan isipadu tangki penapis biologi adalah 1: 1. Dua tangki penyimpanan air terletak bersebalahan dengan tangki penapis biologi, dengan isipadu tangki yang sama dengan tangki asuhan dan tangki penapis biologi.
Bilik injin menempatkan 2 buah pam dan 2 buah mesin pengudaraan (air-blower) mempunyai keluasan lantai 32 kaki persegi (4 kaki x 8 kaki). Bangunan CENTS-RAS (rajah 5), direka sebegitu rupa bagi memberi ruang kepada sistem pengudaraan yang bebas, di mana bangunan asuhan ini adalah tidak berdinding dan atapnya dari jenis metaldex, ringan dan tahan lasak.
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI
i) KREATIVITI
a. Idea bagi pembuatan CENTS-RAS ini di perolehi daripada adaptasi sistem RAS
yang biasanya digunakan didalam tangki ikan akuarium.
b. Penggunaan bahan-bahan culvert (pembetung) adalah pada kos yang minima.
c. Kos yang rendah berbanding dengan sistem RAS yang sama jika diimport dari
luar negeri. Komponen RAS yang mahal dan sukar diperolehi peralatan komponen
ganti jika rosak.
ii) TAHAP PELAKSANAAN
a.Pihak PPPIL telah berjaya menguji keberkesanan CENTS di dalam mengasuh benih ikan kerapu. Setelah tiga minggu tempoh ternakan kadar hidup adalah lebih 90 peratus.(Sila rujuk lampiran)
b.Kadar hidup yang tinggi membuktikan komponen CENTS dapat membantu sistem RAS berfungsi dengan lebih efisen dengan cara mengurangi kotoran masuk ke dalam tangki penapis biologi.
c.Pihak PPPIL telah membangunkan web bagi menyebarkan maklumat mengenai sistem asuhan benih ikan marin ini (www.centras2009.blogspot.com).
d.Kejayaan ini telah mendorong beberapa pihak yang berminat untuk mengguna pakai sistem ini bagi tujuan mengasuh benih ikan marin.
e.Sehingga kini lebih dari 40 pengusaha telah menggunakan sistem asuhan benih ikan marin : CENTS-RAS.
iii)REPLICABILITY
a.Selain dari menggunakan tangki-tangki CENTS yang diperbuat dari tangki simen, sistem ini boleh juga dibuat dari bahan-bahan lain seperti tangki gentian kaca (fiberglass) dan HDPE (High density Poly Ethylene).
b.Selain dari itu, sistem ini boleh diguna pakai oleh sistem asuhan benih ikan air tawar, seperti pembenihan ikan tilapia, patin dan sebagainya.
iv)EFISIEN
a.Pengurangan Kos Operasi elektrik
Penggunaan elektrik bagi sistem asuhan benih ikan marin; CENTS-RAS Jika dibandingkan dengan sistem sebelum ini CENTS aliran terus telah dapat menjimatkan tenaga elektrik kepada RM 10.00 /hari atau RM 600 bagi satu pusingan tempoh asuhan dijalankan ( 6-8 minggu)
b.Penjimatan Masa
Sistem RAS yang diperkenalkan didapati memberi kesan kepada masa pengendalian yang lebih minimum, seperti penambahan air laut yang baru sebanyak 10% pada setiap hari, boleh dibuat dengan menggunakan suis automatik (timmer). Kerja-kerja pengendalian lain yang ringkas adalah seperti kerja membuka injap CENTS Waste Trap pada masa tiga puloh minit selepas pemberian makanan dengan anggaran masa setengah minit per unit atau 10 hingga 15 minit bagi keseluruhan tangki CENTS.
c.Peningkatan produktiviti
Sistem RAS diperkenalkan sebagai langkah bagi mengelak dari berlaku kematian yang mendadak sekiranya bekalan elektrik terputus atau air tidak dapat dialirkan (sistem lama sebelum diubah suai). Melalui sistem RAS ini kecekapan CENTS dapat dipertingkatkan. Manakala penggunaan CENTS Waste Trap pula menjamin kekotoran dapat diminimumkan dari memasuki penapis biologi. Jesteru, inovasi ini membantu peningkatan hasil kerja dengan membantu peningkatan kecekapan sistem CENTS.
v)SIGNIFIKAN
a.Di antara ciri-ciri signifikan sistem CENTS adalah fleksibiliti sistem ini digunakan didalam mengasuh benih ikan marin
b.Melalui kaedah RAS, air akan dikitar semula dan 10-15 peratus air baru perlu diganti pada setiap hari. Penggunaan air laut yang minimum memungkinkan kaedah asuhan ini boleh di laksanakan ditempat yang jauh dari sumber air dengan cara mengangkut air laut ke lokasi tersebut pada masa yang tertentu.
c.Keadaan ini memberi ruang kepada tempat yang jauh dari sumber air untuk dibangunkan. Tambahan pula kadar kemasinan (saliniti) air yang boleh dilaraskan, akan memberi kelebihan bagi penggunaan air laut yang lebih minimum.
vi)KOMITMEN
a.Telah memenangi JOHAN pertandingan KMK peringkat Jabatan Perikanan 2009 dengan tajuk Kadar Kemandirian Benih Ikan Kerapu Yang Rendah Di Peringkat Asuhan.
b.Banyak permintaan dari pihak Jabatan dan swasta untuk pemasangan sistem asuhan CENTS-RAS ini dijalankan ditempat mereka.
C.Telah berjaya menjadi JOHAN pertandingan inovasi peringkat Jabatan Perikanan 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan